Kerjaya Low Taek Jho

Urusan perniagaan dan kekayaan

Jho Low telah mengambil cuti satu semester dari kolej untuk memulakan sebuah syarikat pelaburan yang dinamakan The Wynton Group dengan modal pemulaan daripada keluarga dan sahabat dari Timur Tengah lalu menjadi seorang jutawan sebelum menamatkan pengajian kolej.[14]

Beliau berjaya mendapat urus niaga pertama yang besar dalam bidang hartanah Malaysia dalam 2006 apabila dia telah dibiayai oleh Kuwait Finance House melalui kemudahan kewangan Islam Mudharabah untuk membeli seluruh projek Oval Residences yang merangkumi dua bangunan pansapuri tinggi di lokasi berdekatan Taman KLCC di Kuala Lumpur untuk US$87 juta. Projek tersebut telah dijual dan ditamatkan dalam 2008 dan telah menjana keuntungan hampir US$20 juta.[15]

Jho Low serta keluarga Low telah mengagregatkan harta mereka dalam tahun 2008. Menjelang 2010, Jynwel Capital telah ditubuhkan untuk menasihat keluarga Low dalam pelaburan global mereka dengan para pelabur yang termasuk dana kekayaan negara yang terkemuka, syarikat pelaburan antarabangsa utama dan perusahaan keluarga yang besar.[16][17]

Jho ialah peneraju utama Jynwel Capital bersama abang beliau Szen Low. Harta keluarga Low di bawah pengurusan Jynwel Capital dianggarkan sebanyak US$1.75 bilion dengan urusan pembelian Hotel Park Lane, New York untuk US$660 juta dalam 2013 dengan The Witkoff Group dan Mubadala, pengambilalihan Coastal Energy dalam 2014 untuk US$2.2 bilion dan pembelian perniagaan penerbitan muzik EMI dalam 2012 untuk US$2.2 bilion dengan firma pelaburan terkemuka dunia GSO milik The Blackstone Group, maharaja muzik David Geffen, Sony Corporation dan Mubadala.[18]

Beliau telah menjalin hubungan dengan beberapa dana yang besar di dunia di mana ia merangkumi Mubadala Development Co dari Abu Dhabi dan Kuwait Investment Authority, termasuk jutawan Dr. Thomas Kaplan serta Yousef Al Otaiba, Duta Emiriyah Arab Bersatu ke Amerika Syarikat.[19][20][21]

Yousef Al Otaiba ialah anak kepada Dr. Mana Al Otaiba yang merupakan bekas Menteri Petrolium dan Sumber Mineral Emiriyah Arab Bersatu serta penasihat peribadi Presiden Emiriyah Arab Bersatu.[22]

Jho Low juga telah bertemu dengan Hamad Al-Wazzan di Wharton Business School, University of Pennsylvania di Philadelphia, Amerika Syarikat.[23]

Jho Low ialah arkitek untuk tawaran membeli Reebok daripada Adidas AG dalam Oktober 2014 bagi pihak Jynwel Capital. Tawaran tersebut sebanyak US$2.2 bilion.[24]

Dakwaan 1MDB

Najib Razak memulakan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia bermula pada tahun 2009. Tidak lama selepas itu, beliau memegang tampuk kepresidenan dalam Lembaga Penasihat 1MDB, sebuah entiti syarikat di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia sebagai sebuah tabung kekayaan berdaulat. Manakala, rakan kepada bapa Low merupakan pengarah syarikat, beberapa rakan Low juga menjadi kakitangan dalam syarikat. Walau bagaimanapun, Low tidak pernah memegang sebarang jawatan rasmi dalam syarikat, namun beliau mengaku kadangkala dipanggil untuk memberi "nasihat" kepada syarikat 1MDB, dan pernah terjebak dalam beberapa transaksi yang melibatkan kepentingan peribadi dan beberapa entiti dalam 1MDB. 1MDB telah menarik banyak pertanyaan daripada rakyat Malaysia, di samping gaya hidup mewah yang dimiliki oleh Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor telah menarik banyak kritikan daripada pihak pembangkang di Malaysia.[25] Low dikritik kerana mempunyai kepentingan dan hubung kait dengan transaksi yang pelik dalam urusan kewangan syarikat.[9] Sebagai contoh, Wall Street Journal telah melaporkan bahawa penguat kuasa di Malaysia dan Singapura sedang menyiasat sama ada $529m dimasukkan dalam akaun dikawal oleh Low yang berasal daripada 1MDB.[9]

Rujukan

WikiPedia: Low Taek Jho http://www.forbes.com/sites/ashleaebeling/2014/06/... http://gawker.com/5401369/jho-low-manhattans-myste... http://www.ibtimes.com/malaysia-1mdb-scandal-najib... http://www.jho-low.com/ http://jynwelcapital.com/about-us http://mashable.com/2014/10/14/disruptive-philanth... http://www.nytimes.com/1981/02/02/business/emirate... http://www.roketkini.com/2015/03/03/harta-najib-da... http://blogs.scientificamerican.com/mind-guest-blo... http://www.straitstimes.com/business/companies-mar...